High Urgency
Children & Youth
Dana Kasih untuk Sekolah Tunas Bakti: Sumbangan Katil & Keperluan Harian
Kami daripada Persatuan Kebajikan Bukit Puchong (Tai Dao) sedang menjalankan kutipan dana bagi membantu JKM Sekolah Tunas Bakti menyediakan 32 lagi set katil dan tilam yang amat diperlukan untuk pelajar lelaki di institusi ini.
Sekolah ini menempatkan remaja dari latar belakang yang mencabar, dan jumlah pelajar kini melebihi kapasiti kelengkapan tidur yang ada. Ramai antara mereka masih belum mempunyai katil dan tilam sendiri, dan terpaksa berkongsi atau tidur dalam keadaan yang tidak selesa.
Boleh Memberi bantuan kewangan ikhlas ke
Acc no: 22300068111 (HONG LEONG BANK)
Nama Penerima: Persatuan Kebajikan Bukit Puchong (sila double check sebelum confirm)
Kos bagi satu set lengkap yang merangkumi katil, tilam, bantal, cadar dan keperluan asas lain adalah sebanyak RM300. Jumlah keseluruhan dana yang diperlukan ialah RM9,600 untuk melengkapkan 32 set.
Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan anda. Sila bantu sebarkan kempen ini kepada rakan dan keluarga anda.
Setiap sumbangan akan membawa perubahan besar dalam kehidupan anak-anak ini. Mari kita sama-sama bantu mereka mendapatkan tempat tidur yang lebih selesa, selamat dan bermaruah.