High Urgency
Food & Nutrition
Bantuan keperluan barangan asas sangat diperlukan
Kami sekeluarga baru sahaja tamat tempoh kuarantin kendiri di rumah selama seminggu kerana positive Covid-19. Dalam tempoh tersebut, kami telah kehabisan langsung barangan dapur atau bahan-bahan yang digunakan untuk memasak dan juga kehabisan gas. Kami telah kehabisan dana/tunai untuk membeli barangan keperluan dan disebabkan itu, kami sekeluarga terpaksa mencatu waktu makan. Salah seorang anak saya yang baru berusia setahun juga terjejas dari segi keperluannya dimana barangan keperluan untuknya juga telah kehabisan. Sementara menunggu duit bantuan dari kerajaan, diharap ada yang sudi untuk membantu walaupun hanya sedikit barangan asas sudah memadai.