Kelas Rakyat PPR Pinggiran Bukit Jalil 24 Sept 2018 - Missions - Sedunia
REPORT PENDING
A completion report will be ready once the mission organizer makes it available.
This mission has ended on Mon, Sep 24 10:30 pm.

Mission Description

Coaching One-to-One Bantu Pelajar Yang Lemah Dan Kurang Berkemampuan

Kelas Rakyat di PPR Pinggiran Bukit Jalil yang terletak di Kuala Lumpur dijalankan setiap hari Isnin dan Selasa dari jam 8.30 malam hingga 10 malam. Seramai 25 orang pelajar yang tinggal di PPR ini mengikuti kelas ini secara percuma. Sukarelawan diperlukan untuk bantu mereka ketika mereka tidak tahu membuat latihan yang dijalankan.

Kelas Rakyat mengajar 2 subjek iaitu Matematik dan English. Modul i-SINA digunakan didalam kelas ini. Sukarelawan hanya perlu hadir dengan membawa pen merah dan kalkulator. Sukarelawan bebas untuk hadir pada mana-mana hari yang ada kelas. Tiada paksaan wajib hadir setiap kali ada kelas.

Tugas sukarelawan ialah:

  • menanda modul
  • mengajar soalan yang pelajar tidak faham secara one-to-one coaching
  • membantu koordinator

Kriteria sukarelawan yang dicari:

  • boleh hadir dengan suka dan rela
  • tidak perlu ada pengalaman mengajar 
  • suka kanak-kanak dan bersabar

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi koordinator kelas:

  • Amir Zakwan 012-233 5288
  • Lin 016-674 0238

Read More

Mission Impact

Bagaimana Kelas Rakyat memberi impak kepada pelajar-pelajar ini:

  • Membantu mereka secara coaching one to one
  • Memberi peluang kepada pelajar membaiki pelajaran mengikut tahap diri sendiri
  • Memberi ruang kepada pelajar untuk memahami sesuatu topik mengikut kelajuan kefahaman masing-masing
  • Membaiki pemahaman pelajaran daripada peringkat asas
  • Mengurangkan beban kewangan ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka ke pusat tuisyen berbayar
  • Memberi peluang kepada orang ramai untuk menabur bakti kepada masyarakat

SDGs Addressed

Participants
(0)

No participant yet. Be the first to join the mission!

Comments

Reviews

No reviews to show.

Share with your friends

When & Where

Dewan Blok C
PPR Pinggiran Bukit Jalil
Jalan Bukit Jalil Indah
Bandar Kinrara 9
47180, Selangor
GPS Coordinates: 3.0474270, 101.6523710

From
24 Sep 2018 08:30 pm (Monday)
To
24 Sep 2018 10:30 pm (Monday)

Mission Hours
1.5 hours

Ticket Price
Free

Organized by

Projek Iqra'

Joined on 11 Sep 2018



Photos

No photo to show.