About
Deskripsi Kempen
Tabungan Kecemasan Rakyat Tertindas diwujudkan untuk membantu individu dan komuniti yang sedang menghadapi tekanan, kehilangan tempat tinggal, atau tindakan tidak adil berkaitan isu tanah dan rumah.
Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk:
1️⃣ Kos Guaman
Menyokong rakyat yang terpaksa mendapatkan khidmat peguam bagi mempertahankan hak tanah atau rumah mereka, termasuk: proses semakan undang-undang,representasi di mahkamah,penyediaan dokumen teknikal, dan kos fail/fi profesional lain yang berkaitan.
2️⃣ Kos Teknikal
Membiayai keperluan teknikal seperti:
laporan penilaian, pelan ukur, carian rasmi tanah, dokumentasi sokongan, konsultasi profesional berkaitan pembangunan atau pengambilan tanah.
3️⃣ Sokongan Komuniti & “Disaster Support”
Membantu penduduk yang kehilangan rumah atau tempat tinggal akibat: pengusiran, struktur dirobohkan, bencana kecil berkaitan penempatan, atau kecemasan komuniti lain yang memerlukan bantuan segera.
Dana ini bertujuan memastikan tiada rakyat yang dibiarkan bersendirian ketika menghadapi tekanan, ketidakadilan, atau kehilangan tempat tinggal. Setiap sumbangan akan disalurkan secara telus untuk meringankan beban mereka yang paling terkesan.
Sumbangan anda adalah harapan, kekuatan, dan penyelamat untuk mereka yang sedang berjuang.
Terima kasih atas sokongan anda.
Website
-
Contact Number
0196646115
E-mail Address
[email protected]
Founded in
2024
Country of Origin
Malaysia